- Pembayaran:
- Pelanggan harus lah membuat pembayaran penuh keatas perkhidmatan yang dipersetujui.
- Bayaran boleh dibuat secara tunai di Pejabat Urusan Al Khairi Qurban & Aqiqah, FPX melalui laman sesawang rasmi alkhairiqurban.com, atau;
- Transaksi atas talian ke akaun Maybank (5620-8563-3905) Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd, pelanggan hendaklah mengemukakan bukti pembayaran sekiranya membuat pembayaran secara transaksi atas talian untuk direkodkan dan bagi mendapatkan resit rasmi pembayaran.
- Pelanggan tidak boleh membatalkan pesanan dan pemulangan wang tidak dapat dilakukan setelah bayaran dibuat.
- Harga tertakluk kepada sebarang perubahan kos semasa haiwan sembelihan.
- Jaminan:
- Pelaksanaan qurban akan dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah pada setiap tahun. (Tertakluk kepada Tarikh Hari Raya negara yang dilakukan Qurban)
- Pelaksanaan aqiqah akan dilakukan pada hari ke 7, 14 atau 21 selepas kelahiran bagi pelanggan yang mendaftar sebelum hari kelahiran dan memberi notis kepada pihak syarikat pada hari kelahiran bayi tersebut.
- Sembelihan qurban, aqiqah dan dam akan dilaksanakan mengikut dan menepati hukum syarak.
- Sijil Pelaksanaan akan dihantar melalui emel dan secara pos paling awal dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pelaksanaan.
- Maklum balas:
- Sebarang maklum balas boleh dilakukan di laman sosial facebook, instagram atau/dan emel kami: [email protected].
- Pelaksanaan:
- Sembelihan dan agihan daging akan dilakukan di negara; Malaysia Myanmar, Bangladesh, Afrika, India, Indonesia & Lain2 (Berdasarkan keperluan semasa)
- Pelanggan tidak boleh memilih negara pelaksanaan. Sekretariat Al Khairi Qurban & Aqiqah akan membuat penetapan berdasarkan keperluan semasa di sesebuah negara tersebut.