Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya”. (Al-Kautsar: 1-3)

Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan hari bersejarah yang menuntut umat Islam mengerjakan ibadah Haji di Mekah di samping melakukan ibadah qurban. Setiap kali tibanya musim Haji, pasti akan mengimbau kembali kisah Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya, Nabi Ismail A.S.

Walaupun seorang Rasul, apabila diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk menyembelih anaknya sendiri Nabi Ibrahim A.S. patuh. Begitulah cinta dan kasihnya Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. kepada Allah S.W.T. sehingga digelar salah seorang Rasul ‘Ulul Azmi.

Al Khairi Qurban & Aqiqah merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan qurban, dam & akikah. Al Khairi Qurban & Aqiqah juga menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia untuk menyempurnakan pelaksanaan ibadah-ibadah berikut dengan lebih mudah, cepat, murah dan diyakini. Selain memberi kegembiraan kepada golongan yang kurang berkemampuan, ibadah korban sebenarnya adalah manifestasi kepatuhan hamba kepada perintah Allah S.W.T. kerana bukan semua bersedia untuk memberi atau berkongsi apa yang dimilikinya.

Al Khairi Qurban & Aqiqah mensasarkan sebahagian besar daripada pelaksanaan ibadah qurban dan akikah ini dibuat di negara-negara seperti berikut Saudi Arabia, Kemboja, Bangladesh, Filipina, Ethiopia, Afrika, Sudan, India, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Nigeria. Ia juga bertujuan menjadi kewajipan bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan. Dengan melakukan ibadah qurban maka ia akan mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. disamping mencari reda Allah S.W.T.

Mudah-mudahan ibadah qurban yang kita lakukan ini mendapat reda Allah S.W.T. serta menjadikan kita hamba Allah S.W.T. yang sentiasa mensyukuri nikmatnya. Semoga Allah S.W.T. sentiasa merahmati kita. Amin.

PROFESOR MADYA DR. MUHAMAD ROZAIMI BIN RAMLE

Penasihat Agama
Al Khairi Qurban & Aqiqah
Merangkap Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang menggerakkan daya dan usaha kita untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menunjukan jalan terbaik untuk kita sama-sama menelusurinya.

Sesungguhnya ibadah qurban adalah merupakan salah satu tuntutan ke atas umat Islam sepertimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW:

“Apabila masuknya sepuluh (hari terawal Dzulhijjah), dan salah seorang daripada kamu berhajat untuk melaksanakan ibadah korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya”. (muslim)

Ibadah korban adalah ibadah sunnah yang sangat digalakkan di dalam Islam (sunnah muakkadah). Saban tahun umat Islam di seluruh dunia melaksanakan Ibadah korban dan peristiwa pertama telah  direkodkan Allah dalam al-Quran  pada peristiwa korban Qabil & Habil. Kemudiannya, pensyariatan ibadah korban bermula seiring dengan ibadah haji yang dilakukan oleh Baginda SAW pada peristiwa tahun 10 Hijriyyah yang lebih dikenali sebagai Haji Wada’ (Haji Perpisahan).

Untuk makluman, Al Khairi Qurban & Aqiqah merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelaksanaan Ibadah Korban, Aqiqah & Dam. Kami di Al Khairi Qurban & Aqiqah mengambil tanggungjawab menyediakan pekhidmatan pelaksanaan Korban, Aqiqah & Dam kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya dengan mudah, murah, diyakini  dan dipercayai di negara-negara umat Islam yang lebih memerlukan.

Al Khairi Qurban & Aqiqah mensasarkan sebahagian besar pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah dilaksanakan di negara-negara saudara umat Islam yang berada dalam keadaan serba kekurangan dan perlu diberikan perhatian seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, India dan beberapa buah negara lain.

Keistimewaan Al Khairi Qurban & Aqiqah juga telah mempunyai pengalaman lebih 15 tahun menguruskan dan melaksanakan Ibadah Korban, Aqiqah dan Dam di Mekah dan Al Khairi Qurban & Aqiqah adalah satu-satunya syarikat yang mendapat kelulusan dan pengiktirafan dari pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi.

Kami di Al Khairi Qurban & Aqiqah mendoakan kita semua sentiasa berkemampuan untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada umat Islam di seleuruh dunia yang memerlukan. Semoga berkat sokongan dan keikhlasan rakyat Malaysia melaksanakan ibadah ini dipermudahkan dan diterima Allah SWT.

Wassalam.

Pengurus
Al Khairi Qurban & Aqiqah