-
Melaksanakan tuntutan agama
Daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda di dalam hadith yang bermaksud :
“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”
(Hadith riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
- Menambah amal kebajikan
Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan hadith yang bermaksud : “Para sahabat Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
- Sebagai kaffarah (penebus dosa)
Sabda Rasulullah S.A.W. kepada Saidatina Fatimah r.a. dalam hadith yang bermaksud :
“Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adalah khas untuk kitaAhlil Bait sahaja atau untuk dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan untuk orang Islam seluruhnya.”
(Hadith riwayat al-Hakim (4/222) sanad sahih)