Latar Belakang Penubuhan

AlKhairi Qurban & Aqiqah beroperasi di alamat C-35-1, Star Avenue Commercial Centre, Jalan Zuhal U5/179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

AlKhairi Qurban & Aqiqah merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah qurban, dam dan aqiqah. AlKhairi Qurban & Aqiqah berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya di seluruh dunia secara amnya dalam pelaksanaan ibadah qurban, aqiqah dan dam (bagi jemaah yang sedang melaksanakan ibadah Haji). AlKhairi Qurban & Aqiqahberhasrat untuk menjadi satu jenama perkhidmatan aqiqah dan qurban yang diyakini dan profesional disamping dapat membantu umat Islam di luar negara yang lebih memerlukan.

Kami telah melaksanakan qurban dan aqiqah di beberapa buah negara termasuk Saudi Arabia, Kemboja, Bangladesh, Filipina, Ethiopia, Afrika, Sudan, India, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Nigeria. Manakala, bagi ibadah dam dilaksanakan di Tanah Suci.