Objektif

  • Mudah & Berpatutan; kami akan memastikan cara dan harga untuk penyertaan ibadah korban, dam dan akikah mampu disertai oleh kebanyakan masyarakat.
  • Prihatin ummah; dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk menunaikan tuntutan ibadah korban, dam dan akikah disamping dapat membantu umat Islam yang lebih memerlukan di seluruh dunia.
  • Kesedaran; menyampaikan ilmu bagi meningkatkan kesedaran umat Islam di Malaysia terhadap kelebihan melaksanakan ibadah korban, dam dan akikah.
  • Jenama yang diyakini; menjadikan Al Khairi Qurban & Dam sebagai satu jenama yang dipercayai oleh umat Islam di Malaysia seterusnya di persada antarabangsa.
  • Profesional dan berkualiti; kami komited sepenuhnya dalam menerapkan budaya kerja yang berkualiti serta profesional dalam membantu pelanggan-pelanggan kami dan berpegang teguh di atas landasan syariat Islam.
  • Melaksanakan tuntutan agama

Daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda di dalam hadith yang bermaksud :

“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”

(Hadith riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

  • Menambah amal kebajikan

Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan hadith yang bermaksud : “Para sahabat Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

  • Sebagai kaffarah (penebus dosa)

Sabda Rasulullah S.A.W. kepada Saidatina Fatimah r.a. dalam hadith yang bermaksud :

“Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adalah khas untuk kitaAhlil Bait sahaja atau untuk dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan untuk orang Islam seluruhnya.”

(Hadith riwayat al-Hakim (4/222) sanad sahih)