Untuk menjawab soalan tersebut, mari sama-sama kita renungi kisah Abdullah Ibnu Abbas R.A. Ayahnya (Abbas) yang merupakan paman Rasulullah S.A.W. adalah seorang jutawan. Namun Ibnu Abbas tidak berminat mengikut jejak ayahnya. Ketika Idhul Adha tiba, Ibnu Abbas hanya membeli daging untuk Korban kerana tidak memiliki persediaan wang untuk membeli haiwan korban.
Melihat perkara tersebut para sahabat bertanya: “Apa yang engkau bawa wahai anak paman Rasulullah? Tanpa malu beliau menjawab: Inilah korban Ibnu Abbas hamba Allah yang miskin.”