SOALAN

Bilakah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban?

JAWAPAN

Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai berkhutbah solat Eidhul Adha, sehingga terbenam matahari tanggal ke 13 Zulhijjah. Maka waktu menyembelih haiwan korban ada 4 hari. Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah korbannya. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W; yang bermaksud, “Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun dikira sebagai korban.”

KONGSIKAN

Rakan Kerjasama

Al Khairi Qurban & Aqiqah
Terma & Penafian
  • Baucar / promosi tertakluk kepada terma yang telah ditetapkan kepada setiap bauchar / promosi tersebut.
  • Setiap baucar yang diberikan hanya sah / boleh digunakan sebanyak sekali dalam satu pembelian.
  • Baucar tidak boleh dikongsi / diberikan kepada pihak lain selain penerima.
  • Boucar hanya sah digunakan bagi pembelian pakej Qurban atau Aqiqah dari Alkhairi Qurban & Aqiqah menerusi laman web alkhairiqurban.com.
  • Foto / video yang akan diberikan bersifat umum sahaja (gambar setiap penama tidak diberikan satu-persatu atas sebab masa yang suntuk semasa proses penyembelihan yang terlalu banyak).
  • Sijil atau maklumat pelaksanaan hanya akan diberikan dalam bentuk digital (e-cert) sahaja melalui email atau whatsapp.
Copyright © Al Khairi Qurban & Aqiqah | All Right Reserved. Unauthorized use prohibited. Dasar Privasi. Website by [F] Servis Buat Web