Raikan Kelahiran Insan Kesayangan Dengan Lebih Sempurna

Sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
Riwayat Abu Daud (1522)

Alkhairi Qurban & Aqiqah - Syarikat Pertama yang menyediakan Akad yang diiktiraf oleh Pakar Muamalat Malaysia.

Seperti yang didengar & dilihat di:
15 Negara
Lebih dari 15 Negara pelaksanaan di seluruh dunia.

Alkhairi Qurban Aqiqah sentiasa memberikan keutamaan kepada umat Islam khususnya di Malaysia dan secara amnya di seluruh negara yang berhasrat untuk melaksanakan ibadah aqiqah pada harga yang sangat berpatutan serta proses yang sangat mudah.

"Let's Aqiqah, It's Sunnah"

Hukum melaksanakan Aqiqah adalah Sunat Mua’kad (sangat dituntut) bagi ibu bapa yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Ianya sebagai tanda kesyukuran kita ketika menerima kelahiran baru.

Kelebihan Aqiqah secara amnya:

Menyuburkan sifat pemurah & baik hati di kalangan manusia.

Meningkatkan rasa syukur atas anugerah Allah iaitu anak.

Anak pemberi syafaat kepada ibu bapa pada hari kiamat.

Menghidupkan satu sunnah Nabi yang dituntut agama Islam.

Alkhairi Qurban
Alkhairi Qurban & Aqiqah

Penyelaras khidmat Aqiqah terbaik di peringkat Antarabangsa dan dalam negara Malaysia.

Alkhairi Qurban & Aqiqah adalah satu platform pemudah cara perlaksanaan ibadah Aqiqah dengan tawaran harga yang berpatutan bagi memenuhi keperluan ekonomi segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak yang menggunakan khidmat kami.

Alkhairi Qurban Aqiqah sentiasa menitik-beratkan kepentingan peserta dari segi informasi terkini serta proses yang sedang dijalankan untuk setiap pelaksanaan Aqiqah yang kami lakukan untuk anda.

Inilah penerima manfaat Aqiqah yang anda laksanakan.

Bagi sembelihan Aqiqah, gambar & video diberikan secara umum sebagai cenderahati pelaksanaan bersama Al Khairi Qurban & Aqiqah. Penerima daging Aqiqah terdiri daripada anak-anak yatim, fakir miskin dan keluarga asnaf yang amat memerlukan yang jarang sekali dapat makan daging.

Pilih Alkhairi Qurban & Aqiqah untuk laksanakan ibadah Aqiqah atau Qurban anda.

Tonton video proses Aqiqah, dari proses pemilihan dan sembelihan haiwan Aqiqah hinggalah ke agihan kepada penerima.

IBADAH QURBAN 1442H 2021 malaysia

Pilih - Bayar - Akad

Hanya lakukan pesanan atas talian dan pembayaran melalui pelbagai saluran.

Pelaksanaan

Ibadah akan dilaksanakan mengikut tarikh dan fasa di lebih dari 15 buah negara.

Sijil & Laporan

Setiap peserta akan menerima sijil. Gambar / video boleh dilihat melalui portal kami.

Platform pengurusan digital alkhairiqurban.com diintegrasikan secara menyeluruh dari anda, pegawai khidmat, pejabat pengurusan hingga ke wakil operasi kami di seluruh dunia.

Harga termasuk proses sembelihan & agihan kepada asnaf fakir miskin.

Pemilihan haiwan sembelihan dilakukan secara teliti & menepati syarak.

Jimat masa, tenaga dan wang ringgit dengan proses online yang mudah.

Alkhairi Qurban & Aqiqah - Syarikat Pertama yang menyediakan Akad yang diiktiraf oleh Pakar Muamalat Malaysia.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang menyebutkan:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.

Pakej Aqiqah

Aqiqah Kambing Luar Negara – 1 Ekor

RM590.00

Berat 18kg-35kg
Pakej Aqiqah

Aqiqah Lembu Luar Negara – 1 Bahagian

RM420.00

Berat 180kg-220kg

Soalan Lazim

Menjawab persoalan anda tentang Ibadah Aqiqah dan sunnahnya.

  • Aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu. “
  • Erti kata lain Aqiqah ini sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaan cahaya mata yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.
  • “ Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelakidua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing.”
  • Hukum Aqiqah adalah sunat muakkad ( sunat yang sangat digalakkan ) bagi yang berkemampuan.

  • Meninggalkan aqiqah tanpa keuzuran adalah makruh.

  • Sangatlah rugi bagi yang dah mampu tapi tidak mengutamakan Aqiqah sebab akan terlepas dari banyak kelebihan yang diberikan Allah kepada yang melaksanakan Aqiqah.

  • ” Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.” Riwayat Al Bukhari (2839)

  • Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu.

    Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.

    Rasulullah S.A.W bersabda; “ Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.

  • Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

    Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi.

  • Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.

    Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.

    Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.

  • Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; “Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.

    Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda; “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.”

    Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban. Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara; Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan aqiqah. Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.

    Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

    Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
    Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
    Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
    Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
    Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
  2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
  3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
  4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.

  5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan qurban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.

  • Akad Salam (Tempahan) dan Wakalah (Pewakilan) di antara Peserta dan Syarikat Al-Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd bagi perlaksanaan Ibadah Aqiqah.

    Saya bersetuju bagi diri saya / orang yang saya wakilkan seperti yang dinyatakan dalam borang ini untuk :

     

    1. Menempah haiwan Aqiqah dengan jenis, anggaran berat dan kuantiti seperti yang dipersetujui di dalam borang ini daripada syarikat Al-Khairi Qurban & Aqiqah.

     

    1. Penerimaan haiwan Aqiqah adalah pada tarikh seperti yang dipilih.

     

    1. Lokasi penerimaan haiwan Aqiqah ditentukan oleh pihak Al-Khairi Qurban & Aqiqah sama ada di dalam negara Malaysia atau luar negara; Makkah / India / Myanmar / Uganda / Kenya / Tanzania.

     

    1. Mewakilkan syarikat Al-Khairi Qurban & Aqiqah untuk menguruskan proses pengambilan (qabdh) dan penyembelihan haiwan Aqiqah secara mutlak.

     

    1. Sekiranya tidak dapat dilakukan di lokasi yang dinyatakan di atas, pihak Syarikat al-Khairi Qurban & Aqiqah berhak menukar lokasi penerimaan bagi pihak peserta dengan nilai yang sama.

     

    1. Pihak syarikat akan memberikan sijil penyertaan yang dinyatakan lokasi penerimaan dan penyembelihan haiwan Aqiqah selepas penyembelihan selesai dilakukan.

     

    1. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan pewakilan kepada syarikat Al-Khairi Qurban & Aqiqah maka segala kos, pengurusan, perjalanan dan risiko untuk penerimaan haiwan Aqiqah di luar negara / dalam negara adalah di bawah tanggungjawab saya sendiri.
Talian perkhidmatan Al Khairi Qurban & Aqiqah.
Terma & Penafian
  • Baucar / promosi tertakluk kepada terma yang telah ditetapkan kepada setiap bauchar / promosi tersebut.
  • Setiap baucar yang diberikan hanya sah / boleh digunakan sebanyak sekali dalam satu pembelian.
  • Baucar tidak boleh dikongsi / diberikan kepada pihak lain selain penerima.
  • Boucar hanya sah digunakan bagi pembelian pakej Qurban atau Aqiqah dari Alkhairi Qurban & Aqiqah menerusi laman web alkhairiqurban.com.
  • Foto / video yang akan diberikan bersifat umum sahaja (gambar setiap penama tidak diberikan satu-persatu atas sebab masa yang suntuk semasa proses penyembelihan yang terlalu banyak).
  • Sijil atau maklumat pelaksanaan hanya akan diberikan dalam bentuk digital (e-cert) sahaja melalui email atau whatsapp.
Copyright © Al Khairi Qurban & Aqiqah | All Right Reserved. Unauthorized use prohibited. Dasar Privasi. Website by [F]
Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd adalah anak syarikat di bawah Al Khairi Group Berhad.