Apa itu Ibadah Korban?

Apa itu Ibadah Korban?

Korban bermaksud menyembelih haiwan ternakan yang tertentu pada 10-13 Zulhijjah (Aidiladha + 3 hari Tasyrik) dengan tujuan ber’taqarrub’ kepada Allah SWT.

‘Taqarrub’ bermaksud perbuatan atau amalan yang dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ibadah korban merupakan suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah pada hari raya Aidiladha & sunnah yang hampir tidak pernah ditinggalkan oleh semua para sahabat & salafussoleh.

Jika anda tidak berkemampuan untuk melakukan secara sendirian janganlah ibadah ini ditinggalkan secara terus kerana anda sendiri yang akan merasai kerugian atas peluang yang diberikan ini kerana ianya hanya setahun sekali sahaja.

Allah memberikan peluang kepada umatnya sehinggalah 4 hari pelaksanaan ibadah korban ini tanda kita semua tidak ada alasan untuk meninggalkan ibadah yang mulia ini.

Haiwan korban yang paling afdhol (baik) adalah seekor haiwan yang gemuk lagi sempurna. Menurut Imam Syafie, beliau berkata: “yang paling banyak nilai adalah lebih afdhal daripada yang paling banyak bilangan”.

Haiwan yang paling terbaik ialah seekor unta, seekor lembu atau kerbau seterusnya seekor kambing. Allah memberi keringanan kepada hamba-hambanya yang kurang berkemampuan untuk melakukan ibadah korban ini dengan satu bahagian unta dan akhir sekali dengan satu bahagian lembu.

Wallahua’lam.

Similar Posts