Akad Salam (Tempahan) dan Wakalah (Pewakilan) di antara Peserta dan AlKhairi Qurban & Aqiqah Sdn.Bhd bagi pelaksanaan ibadah Qurban.

Saya ….(NAMA PESERTA)……. dengan ini bersetuju:-

  1. Menempah haiwan Qurban dengan jenis, anggaran berat, kuantiti dan harga seperti yang dipersetujui di dalam borang ini daripada AlKhairi Qurban & Aqiqah.
  2. Mewakilkan AlKhairi Qurban & Aqiqah bagi penerimaan haiwan Qurban pada 9,10,11,12, dan selewat-lewatnya pada13 Zulhijjah.
  3. Lokasi penerimaan haiwan Qurban ditentukan oleh AlKhairi Qurban & Aqiqah sama ada di Benua Afrika, Araria Bihar, India / Arakan, Myanmar/ Makkah /Madinah, Arab Saudi / Pakistan / Kemboja / Nepal / Benua Afrika / Indonesia / Gaza, Palestin / Ijok, Malaysia.
  4. Sekiranya tidak dapat dilakukan di lokasi yang dinyatakan di atas, AlKhairi Qurban & Aqiqah berhak menukar lokasi penerimaan bagi pihak peserta  dengan nilai yang sama.
  5. Mewakilkan AlKhairi Qurban & Aqiqah untuk penyembelihan haiwan Qurban secara mutlak dan AlKhairi Qurban & Aqiqah juga boleh melantik wakil untuk melaksanakan urusan ini.
  6. Mewakilkan AlKhairi Qurban & Aqiqah untuk agihan daging Qurban secara mutlak dan AlKhairi Qurban & Aqiqah juga boleh melantik wakil untuk melaksanakan urusan ini.
  7. AlKhairi Qurban & Aqiqah akan memberikan sijil penyertaan yang dinyatakan lokasi penerimaan dan penyembelihan haiwan Qurban selepas penyembelihan selesai dilakukan.
  8. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan pewakilan kepada AlKhairi Qurban & Aqiqah maka segala kos, pengurusan, perjalanan dan risiko untuk penerimaan haiwan Qurban di luar negara / dalam negara adalah di bawah tanggungjawab saya sendiri.

Akad Salam (Tempahan) dan Wakalah (Pewakilan) di antara Peserta dan Syarikat Al-Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd bagi perlaksanaan Ibadah Aqiqah.

Saya bersetuju bagi diri saya / orang yang saya wakilkan seperti yang dinyatakan dalam borang ini untuk :

  1. Menempah haiwan Aqiqah dengan jenis, anggaran berat dan kuantiti seperti yang dipersetujui di dalam borang ini daripada syarikat Al-Khairi Qurban & Aqiqah.
  2. Penerimaan haiwan Aqiqah adalah pada tarikh seperti yang dipilih.
  3. Lokasi penerimaan haiwan Aqiqah ditentukan oleh pihak Al-Khairi Qurban & Aqiqah sama ada di dalam negara Malaysia atau luar negara; Makkah / India / Myanmar / Uganda / Kenya / Tanzania.
  4. Mewakilkan syarikat Al-Khairi Qurban & Aqiqah untuk menguruskan proses pengambilan (qabdh) dan penyembelihan haiwan Aqiqah secara mutlak.
  5. Sekiranya tidak dapat dilakukan di lokasi yang dinyatakan di atas, pihak Syarikat al-Khairi Qurban & Aqiqah berhak menukar lokasi penerimaan bagi pihak peserta dengan nilai yang sama.
  6. Pihak syarikat akan memberikan sijil penyertaan yang dinyatakan lokasi penerimaan dan penyembelihan haiwan Aqiqah selepas penyembelihan selesai dilakukan.
  7. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan pewakilan kepada syarikat Al-Khairi Qurban & Aqiqah maka segala kos, pengurusan, perjalanan dan risiko untuk penerimaan haiwan Aqiqah di luar negara / dalam negara adalah di bawah tanggungjawab saya sendiri.
SYARAT PERKHIDMATAN DAN DASAR PRIVASI

Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa yang diterbitkan serta tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

1. Pengenalan

Bagi mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) dan peraturan-peraturannya, notis ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan kami. Notis ini akan memberitahu anda tentang hak-hak anda berkaitan dengan data peribadi yang telah dikumpul dan diproses oleh pihak pengurusan kami.

2. Pengumpulan Data Peribadi

Kami telah mengumpulkan data peribadi anda untuk diproses oleh pihak pengurusan kami bagi pihak anda dalam bidang urusan anda pada masa kini atau masa depan dengan Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan dengannya. Data peribadi anda membolehkan kami untuk menjalankan operasi pengurusan dan bagi memudahkan proses pelaksanaan, yang berkaitan dengan perniagaan kami.

3. Penerangan Data Peribadi

    • Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Alamat
    • Nombor Telefon
    • Email

4. Tujuan untuk Pengumpulan Data Peribadi
Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd akan menggunakan data peribadi pelanggan bagi tujuan yang berikut termasuk akan tetapi tidak terhad kepada:

    • Pengesahan maklumat peserta
    • Penghantaran resit rasmi dan sijil pelaksanaan kepada pelanggan
    • Penyampaian maklumat terkini dan iklan yang berkaitan dengan Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan dengannya.

5. Sumber-sumber Data Peribadi
Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd boleh mendapatkan data peribadi pelanggan kami daripada sumber-sumber berikut termasuk akan tetapi tidak terhad kepada:

    • Borang Penyertaan
    • Borang Pendaftaran daripada Website
    • Borang yang diposkan oleh pelanggan
    • Maklumat yang diberikan melalui atas talian seperti Email, Facebook, Whatsapp dan juga Panggilan Masuk

6. Pendedahan Data Peribadi
Kami boleh mendedahkan data peribadi pelanggan untuk syarikat yang berkaitan dengan Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd sahaja. Syarikat ini akan mengendalikan data peribadi pelanggan sebagai sulit, selaras dengan Dasar Privasi ini, dan juga undang-undang Perlindungan Data. Data peribadi pelanggan akan diproses untuk tujuan tersebut yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dinyatakan di sini. Kami bertanggungjawab untuk melindungi data peribadi pelanggan yang ada di bawah kawalan pihak kami, termasuk data peribadi yang didedahkan oleh Pihak kami kepada Penjual ataupun Pihak Ketiga. Kami mengambil setiap langkah untuk menyediakan tahap yang setanding perlindungan untuk data peribadi sekiranya maklumat diproses oleh Penjual atau Pihak Ketiga. Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd komited untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, khusus dasarnya serta garis panduan dan arahan yang sepadan dengannya.

7. Kawalan Keselamatan Data Peribadi
Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd mengaplikasikan prosedur ini dan juga ciri-ciri keselamatan yang ketat untuk menghalang sebarang akses di manapun mungkin yang tidak dibenarkan. Data peribadi yang diberikan kepada Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd melalui laman web atau mana-mana aplikasi, urus niaga kad kredit dalam talian akan dilindungi semasa dalam proses dengan menggunakan sistem keselamatan TLS (Transport Layer Security), dan juga pihak kami menggunakan sistem komputer dengan akses yang terhad yang disediakan di dalam fasiliti yang digunakan untuk langkah-langkah keselamatan yang fizikal. Data disimpan di dalam perkhidmatan cloud yang dilindungi dengan sistem keselamatan termasuklah apabila pihak kami menggunakan penyimpanan kepada pihak ketiga. Tahap keselamatan data peribadi yang disimpan didalam kawasan yang bukan elektronik juga akan dikawal melalui prosedur yang ketat.

8. Penggunaan Kuki
Kuki yang digunakan oleh laman web ini adalah semata-mata dikaitkan dengan pengguna tanpa nama dan komputer mereka dan tidak memberikan data peribadi pengguna. Sesetengah kuki digunakan oleh pihak ketiga untuk menyediakan AL Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd dengan data mengenai keberkesanan penglibatannya dan promosinya. Kuki yang digunakan oleh laman web tidak mengumpulkan data peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pengguna tertentu. Di samping itu, kuki juga adalah bersifat sementara, digunakan semata-mata untuk meningkatkan kecekapan penghantaran terakhir. Pengguna boleh mengkonfigurasi penyemak imbas mereka untuk memaklumkan mereka mengenai penerimaan kuki dan untuk mengelakkan pemasangan mereka pada komputer mereka.

9. Pemindahan Data Peribadi
Kami sangat serius dalam menyediakan tahap perlindungan dan piawaian keselamatan yang selaras dengan APDP 2010 untuk data peribadi sekiranya maklumat tersebut dipindahkan, disimpan, diproses atau digunakan oleh wakil kami di luar negara. Kami juga akan berusaha untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang munasabah akan diambil untuk memastikan bahawa semua pihak ketiga di luar Malaysia tidak menggunakan data peribadi anda selain sebahagian daripada tujuan tersebut dan untuk melindungi privasi dan privasi data peribadi anda secukupnya. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan data peribadi anda keluar daripada Malaysia sebagai mana yang dinyatakan di dalam ini.

10. Tujuan Pemasaran dan Promosi
Setelah melanggan perkhidmatan kami, anda akan menerima e-mel, poskad, SMS atau panggilan berkenaan dengan pemasaran atau promosi daripada kami, yang mana termasuk promosi bermusim dan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti syarikat yang bakal dijalankan pada masa hadapan. Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang berita atau panggilan promosi, sila klik pautan “tidak bersetuju” di bahagian Fasal/Perkara 14 dan anda akan dikecualikan dari surat berita dan panggilan daripada kami atau anda boleh terus maklumkan kepada kami.

11. Kewajipan Subjek Data
Menjadi keperluan kepada Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd untuk mengumpul dan menyimpan data peribadi pelanggan. Oleh itu, ianya juga adalah wajib bagi pelanggan untuk membekalkan data peribadi kepada kami secara tepat. Jika pelanggan tidak memberi kepada kami data peribadi anda, Al Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd tidak dapat memproses data peribadi anda bagi pihak pelanggan, untuk tujuan yang dinyatakan dalam Fasal 4 di sini, atau tidak dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada pelanggan kami, dan semua hubungan antara pelanggan dan syarikat boleh ditamatkan dan tidak lagi dalam kuasa kami serta-merta.

12. Hak Subjek Data
a) Hak untuk meminta pembetulan Data Peribadi
Pelanggan mempunyai hak untuk meminta pembetulan atau kemaskini data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau yang sudah tidak digunakan. Permintaan pembetulan boleh dibuat dengan terus menghubungi kami atau melalui Whatsapp, e-mel, SMS atau anda boleh datang terus ke pejabat kami.
b) Hak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi. Pelanggan berhak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi secara jelas dengan menarik balik persetujuan yang diberikan sebelum ini, dalam setiap kes, termasuk untuk tujuan pemasaran secara langsung tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah.

13. Perubahan Dasar Privasi
Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Kami menasihati anda untuk menyemak laman web kami berkenaan Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila lihat notis privasi kami di laman web https://alkhairiqurban.com