- Apakah pengertian ibadah Qurban?
Ibadah Qurban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah. - Apakah syarat untuk melaksanakan ibadah Qurban?
Syarat melaksanakan Ibadah Qurban adalah seperti berikut:- Beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Berkemampuan
- Merdeka (bukan golongan hamba)
- Apakah hukum melaksanakan ibadah Qurban?
Hukum melaksanakannya adalah Sunat Mu’akkadah; iaitu sunat yang sangat dituntut untuk umatNya melakukannya. - Apakah jenis-jenis Qurban wajib?
Qurban adalah;- Qurban atas dasar wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
- Qurban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat
- Qurban Ta’yin, iaitu Qurban yang diniatkan ke atas binatang yang tertentu
- Bolehkah pelaksanaan ibadah Qurban ke atas orang yang sudah meninggal dunia?
Tidak digalakkan melakukan ibadah Qurban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh si mati. - Bolehkah pelaksanaan ibadah Qurban untuk anak saya yang masih kecil?
Boleh, dengan tujuan mendidik anak dengan melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibu bapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat Qurban. - Boleh atau tidak laksanakan satu bahagian lembu untuk satu keluarga?
Satu bahagian lembu Qurban hanya untuk seorang peserta sahaja. Tetapi harus diingatkan bagi peserta itu untuk berniat (doa) serta sedekahkan pahala Qurban itu kepada ahli keluarganya yang lain. - Boleh atau tidak kita membuat Qurban untuk individu lain?
Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada individu tersebut supaya berniat Qurban.
Contohnya: seorang anak melaksanakan ibadah Qurban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlulah berniat, agar ibadah Qurbannya menjadi sempurna. - Adakah perlu membuat akad perwakilan?
Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah Qurban kepada urusetia program Qurban. Akad perwakilan itu juga perlu memadai dengan niat oleh peserta Qurban. - Adakah individu yang menanggung beban hutang boleh melaksanakan ibadah Qurban?
Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang dimaksudkan ialah dengan membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah Qurban. - Boleh atau tidak daging Qurban diagihkan kepada individu bukan Islam?
Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah. - Apakah amalan sunat untuk individu yang melaksanakan Qurban?
Sunat tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga Qurban dilaksanakan. - Boleh atau tidak mengunakan duit bantuan / sedekah untuk melaksanakan Qurban?
Boleh, bergantung kepada kemampuannya. - Saya sudah melaksanakan ibadah Qurban pada tahun lalu, perlukah saya laksanakannya lagi?
Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah Qurban pada setiap tahun. - Bilakah status Qurban saya akan di kemaskini di laman sesawang Al Khairi Qurban & Dam?
Selepas semua Qurban telah selesai dilaksanakan dijangkakan dalam tempoh 3-4 minggu kesemua status pelaksanaan akan di kemaskini di laman sesawang kami. - Saya atau anak saya belum diakikahkan, boleh atau tidak melaksanakan ibadah Qurban terlebih dahulu?
Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berqurban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah Qurban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah Qurban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala akikah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali. - Mengapakah terdapat perbezaan harga bagi sembelihan seekor kambing untuk Pakej Qurban dengan Pakej Dam dan Pakej Aqiqah?
Sembelihan kambing untuk Pakej Qurban hanya dilaksanakan pada Hari-hari Tasyrik (hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah) sahaja di mana permintaan sangat tinggi, manakala sembelihan kambing bagi Pakej Dam dan Pakej Aqiqah dilaksanakan berperingkat sepanjang tahun.