Pakej Aqiqah
Aqiqah Kambing Luar Negara – 1 Ekor
RM590.00
Berat 18kg-35kg
Alkhairi Qurban & Aqiqah - Syarikat Pertama yang menyediakan Akad yang diiktiraf oleh Pakar Muamalat Malaysia.
Alkhairi Qurban Aqiqah sentiasa memberikan keutamaan kepada umat Islam khususnya di Malaysia dan secara amnya di seluruh negara yang berhasrat untuk melaksanakan ibadah aqiqah pada harga yang sangat berpatutan serta proses yang sangat mudah.
Alkhairi Qurban Aqiqah sentiasa menitik-beratkan kepentingan peserta dari segi informasi terkini serta proses yang sedang dijalankan untuk setiap pelaksanaan Aqiqah yang kami lakukan untuk anda.
Bagi sembelihan Aqiqah, gambar & video diberikan secara umum sebagai cenderahati pelaksanaan bersama Al Khairi Qurban & Aqiqah. Penerima daging Aqiqah terdiri daripada anak-anak yatim, fakir miskin dan keluarga asnaf yang amat memerlukan yang jarang sekali dapat makan daging.
Hanya lakukan pesanan atas talian dan pembayaran melalui pelbagai saluran.
Ibadah akan dilaksanakan mengikut tarikh dan fasa di lebih dari 15 buah negara.
Setiap peserta akan menerima sijil. Gambar / video boleh dilihat melalui portal kami.
Platform pengurusan digital alkhairiqurban.com diintegrasikan secara menyeluruh dari anda, pegawai khidmat, pejabat pengurusan hingga ke wakil operasi kami di seluruh dunia.
Harga termasuk proses sembelihan & agihan kepada asnaf fakir miskin.
Pemilihan haiwan sembelihan dilakukan secara teliti & menepati syarak.
Jimat masa, tenaga dan wang ringgit dengan proses online yang mudah.
Alkhairi Qurban & Aqiqah - Syarikat Pertama yang menyediakan Akad yang diiktiraf oleh Pakar Muamalat Malaysia.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang menyebutkan:
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.Riwayat Abu Daud (2842) Tweetkan
RM590.00
RM420.00
Menjawab persoalan anda tentang Ibadah Aqiqah dan sunnahnya.
Hukum Aqiqah adalah sunat muakkad ( sunat yang sangat digalakkan ) bagi yang berkemampuan.
Meninggalkan aqiqah tanpa keuzuran adalah makruh.
Sangatlah rugi bagi yang dah mampu tapi tidak mengutamakan Aqiqah sebab akan terlepas dari banyak kelebihan yang diberikan Allah kepada yang melaksanakan Aqiqah.
” Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.” Riwayat Al Bukhari (2839)
Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu.
Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda; “ Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi.
Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.
Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.
Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; “Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda; “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.”
Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban. Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara; Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan aqiqah. Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan qurban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.
Akad Salam (Tempahan) dan Wakalah (Pewakilan) di antara Peserta dan Syarikat Al-Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd bagi perlaksanaan Ibadah Aqiqah.
Saya bersetuju bagi diri saya / orang yang saya wakilkan seperti yang dinyatakan dalam borang ini untuk :
Copyright © Al Khairi Qurban & Aqiqah | All Right Reserved.