HARI
JAM
MINIT
SAAT
Selamat Hari Raya Aidiladha
Sebelum menyambut Hari Raya Qurban 1443H

Qurban Sebagai Tanda Kesyukuran

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan (sebagai bersyukur).

Surah al-Kauthar (2)
Daftar Qurban 2022
kelebihan
korban wajib
let's-Qurban-It's-Sunnah

Kajian kami mendapati,

hanya 2% dari 20 juta

muslim di Malaysia yang melakukan Ibadah Qurban.

98% Muslim masih belum ada kesedaran untuk melakukan ibadah Qurban!

Anda dari golongan yang mana?

Hadis Riwayat Ibn Majah & Ahmad,
"Sesiapa yang memiliki kelapangan (rezeki) dan tidak melakukan Qurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami."

pakar-muamalat

Pakej Qurban

Hanya serendah

RM390
/ bahagian

Negara-negara yang terlibat

Perkhidmatan Qurban yang telus dan dipercayai

Alkhairi Qurban sentiasa menitikberatkan kepentingan peserta dari segi informasi terkini serta proses yang dijalankan untuk setiap pelaksanaan Qurban yang kami lakukan untuk anda.

Lagi sebab kenapa perlu pilih Alkhairi Qurban

Telus dan berpengalaman

Telus dan berpengalaman

Berpengalaman 16 tahun menguruskan qurban dengan lebih 40,000 sembelihan telah dilaksanakan di dalam dan luar negara.

Skim Ansuran Bayaran

Skim Bayaran Ansuran

Inisiatif tabungan qurban untuk memudahkan peserta membuat pembayaran secara ansuran untuk pelaksanaan qurban.

Video Umum

Bukti Penyertaan

Peserta akan diberikan e-sijil penyertaan. Manakala gambar dan video sembelihan boleh dilihat secara umum di Facebook Page Al Khairi Qurban & Aqiqah

100% Online di Hujung Jari

100% Online di Hujung Jari

Mudah dan berpatutan. Semuanya di hujung jari sahaja, bermula dengan pendaftaran, pemilihan haiwan sembelihan sehinggalah selesainya ibadah qurban.

Yakin Dan Dipercayai

Yakin Dan Dipercayai

Lebih 75,000 peserta telah menjalankan qurban bersama kami dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Agihan Daging Luar Negara

Agihan Daging

Daging qurban akan diagihkan kepada yang betul-betul memerlukan. Menjadi amal kebajikan meraikan para asnaf dan fakir miskin di dalam dan luar negara.

Hanya Lakukan 3 Langkah Mudah

1. Akad

Isi maklumat peserta pada borang dan seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online.

2. Pelaksanaan

Semua penyembelihan akan dibuat pada 10,11, 12 dan 13 Zulhijjah di lebih dari 7 buah negara.

3. Sijil & Laporan

Setiap peserta akan menerima sijil. Gambar / video boleh dilihat melalui portal atau facebook page kami.

Hubungi Kami Segera!

Alkhairi Qurban

Alkhairi Qurban

Pegawai Rasmi Alkhairi

Rakan Kerjasama

Soalan-soalan lazim

Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.

Dalil pensyariatannya sabit dengan Al- Qur’an dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud, “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).

‘Qurban’ bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada masa-masa tertentu.

Al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata: “Dimulakan dengan solat (Solat Hari Raya Adha) sebelum melakukan ibadat korban”.

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya”.

Bermulanya waktu sembelihan itu selepas timbulnya matahari pada hari sembelihan iaitu hari ke-10 Zulhijjah. Kadar timbulnya matahari itu boleh di kira selepas selesainya solat dua rakaat (solat sunat hari raya) dan juga dua khutbah yang ringan (tidak terlampau panjang berjela)

Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

Apakah perbezaan Aqiqah dan Qurban

Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan qurban ialah;
Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.
Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.

Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, perkara-perkara berikut disyaratkan ke atas haiwan ternakan berkenaan, iaitu:

(a) Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Dengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.

(b) Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

(c) Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah
tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain sepertinya.

(d) Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu:

(i) Unta : berumur lima tahun masuk tahun keenam;

(ii) Lembu : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;

(iii) Kambing : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;

(iv) Biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.

Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan qurban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.

Al Khairi Qurban & Aqiqah
Terma & Penafian
  • Baucar / promosi tertakluk kepada terma yang telah ditetapkan kepada setiap bauchar / promosi tersebut.
  • Setiap baucar yang diberikan hanya sah / boleh digunakan sebanyak sekali dalam satu pembelian.
  • Baucar tidak boleh dikongsi / diberikan kepada pihak lain selain penerima.
  • Boucar hanya sah digunakan bagi pembelian pakej Qurban atau Aqiqah dari Alkhairi Qurban & Aqiqah menerusi laman web alkhairiqurban.com.
  • Foto / video yang akan diberikan bersifat umum sahaja (gambar setiap penama tidak diberikan satu-persatu atas sebab masa yang suntuk semasa proses penyembelihan yang terlalu banyak).
  • Sijil atau maklumat pelaksanaan hanya akan diberikan dalam bentuk digital (e-cert) sahaja melalui email atau whatsapp.
Copyright © Al Khairi Qurban & Aqiqah | All Right Reserved. Unauthorized use prohibited. Dasar Privasi. Website by [F] Servis Buat Web